Pada hari ini, iaitu 12hb Ogos,2009, satu pertemuan pihak pemberita dan Penaja Ahli Jawatankuasa Penganjur Pameran Sarang Burung Walit telah diadakan di Pejabat Kelab Pemberita-pemberita Johor Bahru.
Pihak Persatuan Pengusaha Industri Sarang Burung Negeri Johor akan menjemput seramai lebih kurang 200 usahawan-usahawan dari Negeri China, Hong Kong, Taiwan, Brunei, dan Singapura ke Negeri Johor untuk menyertai Perjumpaan Pengenalan Peluang-peluang Perniagaan di Negeri Johor. Salah satu industri yang akan diperkenalkan ialah Pemprosesan Sarang Burung untuk menjadikan Kosmetik...
Banyak peluang perniagaan akan wujud dalam perjumpaan ini, pihak penganjur berbesar hati menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai perjumpaan yang akan diadakan di Hotel Zon pada 24hb November 2009. Apa tunggu lagi, talipon 0197160642 untuk maklumat yang selanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment